Isnin, 16 Disember 2013

Selamat tinggal

Selamat tinggal batu pahat. Aku dah harus pergi mengikut zauj. Berat hati ni nak meninggal kan keluarga. Allah.. :( meninggalkn kawan-kawan usrah ku. Group SM ku. Group Usrahinstagram ku.. Aku rindu kalian semua. Aku sayang kalian semua hingga jannahNya. Allah.. Lindungi mereka semua untuk ku. Aku tak boleh lalui semua ni bila berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Keluargaku, adik beradik ku, tapi sampai bila? Tuhan, jagakan dia untukku. Allahumma Aamin. :(

:(

Bila diri dah bergelar zaujah orang. Apa lagi yang perlu di buat selaib taat dan mengalah. Di saat ini diri ku hampir rebah. Apabila SAH sudah di terima oleh saksi dan wali. Hampir luluh airmata ini. Namun ku cuba bertahan. Hanya yang mengerti bisa merasa perit yang aku lalui ketika ini. Aku bukan sesiapa untuk melawan takdirNya. Aku hanya hamba Nya. Yang terpaksa redha dengan semua nya. Halangan demi halangan. Ujian demi ujian telah aku lalui. Namun tidak ada yang mampu menghalang aau menahan segalanya. Malam ini airmata ku mengalir sepuas yang mungkin. Tidak ada yang melihat kecuali Allah. Aku tetap tersenyum di depan mereka. Namun hati bergenang dengan tangisan. Allahu Allah. :( sesungguhnya aku tak kuat hadapi semua ini. 

Ahad, 15 Disember 2013

14/12/13

14/12/13 kini diriku sudah bergelar zaujah orang. Biar pun tak pernah mengenali siapa dia. 
Biar pun semua ini di pertemukan oleh kedua keluarga masing-masing 
Biar pun tidak aku tahu latar belakang dia. Tapi, 
Aku percaya dengan perancangan Allah.
 Aku percaya dengan segala ketentuanNya
. Aku yakin Dia akan atur kan segala kehidupan hambaNya dengan cara yang baik
Kita, sebagai hambaNya tak usah mengeluh dengan segala ujianNya
Siapa pun dia, aku terima dengan hati yang ikhlas dan redha. 
Siapa pun dia, aku akan tetap bersangka baik. Terima kasih ya Allah dengan segala ketentuanMu. Aku bersyukur kerana diuji olehMu. Sungguh pun aku masih belum ada perasaan tu untuk nya. Namun aku akan cuba menerima. Kerana, Bercinta Selepas Nikah itu adalah lebih baik dan indah. InsyaAllah. Moga Allah redha dan melindungi sebuah perkahwinan dan mahligai yang baru terbina ini. Allahumma Aamin. Doa ku, 
Moga aku mampu menjadi isteri yang taat dan solehah untuk dirinya. Alhamdulillah untuk ujianNya. :’)”

Sabtu, 7 Disember 2013

Cemburu

Mungkin betul juga kata ustazah rosadah ku. Yang selalu bercerita mengenai cemburu Allah pada hambaNya. 
"Bila kita lebihkan orang lain, Allah akan tarik balik dia. Sbb Allah itu sifatnya cemburu. Cemburu bila kita syg kn orang lain lebih dari Dia". 

Sekarang aku dah rasa. Mungkin ada sebab kenapa Allah memisahkan anyara aku dan dia. :(

Kuat kan diri ini.


Ya Allah
,
Bilamana saya masih mengingati si dia yang bukan milik saya.. 
Bantulah saya untuk saya melupakan dirinya
  Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri
  Maka lupuskanlah ia dari ingatan
. Dan dalam kejauhan ini
Biarkanlah kami terus berjauhan
.. Ikatlah diri ini untuk terus setia dengan kasihMu yang satu, 
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini 

Ya Allah
,
Payungilah saya dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma’ Mu
. Agar hati ini sentiasa tenang
, Tanpa terpendam sebuah rindu setiap malam. Allahumma Aamin. :(

Jumaat, 6 Disember 2013

Kusyuk solat

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Nak share sikit tentang solat kusyuk. Topik usrah siang tadi. 

Tentang Solat Khusyuk"

-Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, 

“Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air, sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. 


- semoga bermanfaat untuk kita semua. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad (3x)

Khamis, 5 Disember 2013

Gerakan islam

Assalamualaikum. Ni sy share sikit-sikit ye

Tajuk: Mahasiswa dalam gerakan islam
Pembentang: Ust. Jamil Murad (Graduan dari Yaman)

"Menggerakkan islam itu KEWAJIPAN utk setiap org islam ;)

Kita, manusia, iye, salah satu tujuan hidup kita ialah, jundullah iaitu tentera Allah. Tp mampukah kita utk hidup sorang2? Tegakkan islam secara berseorangan, bergerak secara sendiri?
Oleh sbb itu kita perlu duk ramai-ramai dlm satu kumpulan. Sama sama gerakkan islam, Sebagai contoh, Ikhwanul Muslimin. Nak gerak sendiri-sendiri tak mampu, jadi mereka tubuhkan kumpulan ini sebagai wasilah atau jalan utk menggerakkan islam.

Gerakan islam ni adalah utk kita sama sama bentukkan diri kita, berakhlak dgn akhlak yg ditetapkan oleh islam, saling tegur menegur. Tulah tujuaan kita berjemaah. Bukan nak memecah belahkan sesama islam.

Gerakan islam itu salah satu cirinya ialah, membawa kemajuan. Maju bukan saja dari segi pembangunan yg bertingkat2 mewah dan sebagainya. ttp jugak dr segi perasaan, kasih sayang sesama islam. Persaudaraan sesama islam. Inilah pembangunan dr segi islam, pembangunan pemikiran, dan pmbangunan akhlak. Gerakan islam, merangkumi segala aspek kehidupan kita. Gerakan islam jugak merupakan gerakan salafiyah, iaitu gerakan yg mengajak kita utk kembali kpd sumber yg suci iaitu sumber quran dan sunnah.
Gerakan islam jgk mrupakan gerakan sunni. Kerana ia mengajak kite spy kembali beramal dgn sunnah-sunnah nabi. Menjadikan kita org yg hidup memenuhi kehidupan nya itu dgn seluruh perkara cara hidup nabi yg dibuat atau ditinggalkan nabi. Contoh, setiap kali nabi bangun pagi, apa yg nabi buat, kita cuba buat jgk. Kita cuba belajar dan praktikkan cara hidup nabi krana apa? Kerana kita nk jd golongan yg menghidupkan sunnah2 nabi. Bukan bercakap sahaja tentang sunnah, tetapi juga mnjd org mengamalkannya dlm kehidupan kita. Ni lah yg dikatakan gerakan islam.

Kita semua penggerak kpd islam, perlu ada dlm setiap ahli penggerak islam ni menghidupkan sunnah nabi dlm kehidupannya.

Gerakan islam jgk merupakan satu ikatan rabbani. Perlu bersih jiwa dan baik hubungannya dgn Allah swt. Maknanya kita kene senantiasa membersihkan jiwa kita drpd segala kotoran dosa, dan yg mcm ni, mata hatinya akan sentiasa hidup. Dan bila hati kita sentiasa hidup, hati kita akn sentiasa memandang kpd keagungan Allah swt.

Setiap hari, kita kena sentiasa beristghfar. Nabi pun selalu beristighfar apatah lg kita manusia biasa ni, kena lagi perbanyakkan istighfar. Nak buat apa apa kena istighfar. Apa shj gerakan kita, even sblum mula melangkah, istighfar. Jdkan hati kita selalu berhubung dgn tuhan. Supaya Allah jaga hati kita. Nak buat apa apa pun senang