Bahaya syirik
1 : melakukan kezaliman yang sgt besar.
"Dan (ingatlah) ketika luqman berkata kpd anaknya,semasa ia memberi nasihat kpdnya "wahai anak kesayanganku, jgn lah kau menyekutukan Allah Swt (dengan sesuatu yg lain) sesungguh nya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yg besar." (Surah luqman, ayat: 13)
2 : melakukan dosa yang besar.
"Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah swt (dengan sesuatu yg lain) maka sesungguh nya dia telah melakukn dosa yg besar"
(Surah an- nisa, ayat: 48)
3 : kesesatan yg nyata
"Sesiapa yang mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yg amat jauh"
(Surah An-nisa, ayat: 116)
4 : menjadi penyebab hilangnya amal kebaikan
"Dan sesungguh nya! Jika engkau (dan pengikut2 mu) mempersekutukan (sesuatu yg lain dgn Allah swt) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan menjadi orang2 yg rugi." (Surah az-zumar, ayat: 65)
5 : mempunyai rasa takut didalam hati
"Kami akan isikan hati orang2 kafir itu dengan perasaan gerun, disbbkan mereka mempersekutukan Allah swt dengan benda2 (yang mereka sembah) yg Allah swt tidak menurunkan sebarang keterangan yg membenarkan nya" (Surah Ali imran, ayat: 151)
6 : dosa yang tidak diampunkan
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkn dosa syirik mempersekutukanNya. (Dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yg lain dari itu bagi sesiapa yg dikehendakiNya. (Menurut aturan syariatNya), dan sesiapa yg mempersekutukan Allah swt (dengan sesuatu yg lain) maka sesungguhNya dia telah melakukan dosa yang besar." (Surah An-nisa, ayat: 48)
7 : diharam masuk syurga dan di masuk kan ke dalam neraka
"Demi sesungguhnya telah kafir lah orang2 yg berkata "bahawasanya Allah swt ialah Al-Masih Ibni Maryam,padahal Al-Masih sendiri berkata "wahai bani israel! Sembah lah Allah swt. Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yg mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu yg lain, maka sesungguhnya Allah swt mengharam kepadanya syurga. Dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiada lah seorang penolong pun bagi orang2 yg berlaku zalim (Surah al-Maidah, ayat: 72)
Wallahua'lam bissowaab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan