Isnin, 2 Disember 2013

Harus mencuba

Macam mana nk ada perasaan tu. sedangkan aku sendiri tak cuba untuk menerima. Tak cuba untuk membuka perasaan ni untuk nya. Macam mana nak ada bahagia tu. sedangkan aku tak cuba bagi peluang untuk dia berada dalam hati aku. Selagi aku masih di takuk lama. Selagi itu lah aku akan terus rasa kecewa dengan kehidupan lama. Sedangkan DIA dah berikan aku kehidupan baru bersama orang baru. Belajar lah untuk menghargai dia wahai hati. Jangan cuba untuk keraskan nya. Sedangkan kerak nasi pun jika di rendam lama-lama akan lembut juga. 

Rasanya semua ni perlu berakhir. Biar pun perasaan ni takde lagi untuk sidia. Tapi aku harus mencuba dan menerima takdirNya. Sampai bila nak mengharap pada orang yang dah jelas-jelas buabg diri ni. Sangat malu.. Tak perlu lagi rasanya mengharap dia kembali. Sedangkan dia dah jelas-jelas lupakan aku dengan semudah tu. 

Sungguh! Tipu kalau hati tak sedih, tak menangis. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku yakin semua ni bersebab dan ad hikmah nya. Sambil type sambil mengalir airmata ni. Tak kuat tapi memaksa diri untuk kuat. Aku pasti boleh!! InsyaAllah. Moga Allah membantu. La tahzan wahai diri. Moga semua ini akan cepat berlalu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan