Isnin, 2 Disember 2013

Mengharap hati terluka. 
Menangis tak siapa yang tahu
Memendam hati sakit
Tersenyum di dibalik kelukaan 

Dia yang pernah aku kenali. 
Hilang macam tu saja. 
Ntah mana letak nya silap diri ni. 
Menyepi tanpa alasan yang kukuh. 
Halus dan cantik aturan yang diberikan. 

Aku terima semua nya. 
Bukan ku mengeluh. Tapi cukup tak sangka. 

Perlahan-lahan kucuba melupakan. 
Namun semakin cuba semakin kuat sakit nya. Semakin ingin melupakan semakin kuat ia datang dalam kotak fikiran 

Bukan tak pernah dilukai. Tapi kali ni cukup sakit dan mendalam. 
Mungkin juga ini sebagai balasan untuk aku. 

Airmata, kalau kau boleh berbicara. Apakah dia akan memahami di setiap cerita dan luahan dari kau? 
Sedangkan aku pun tak lagi dia berikan peluang. Ini kan pulak kau sebagai airmata. Yang tak pernah putus menemani aku siang dan malam. 

Sampai bila nak menangis? 
Sampai takde lagi aku di dunia mungkin. ^_^ 
Mungkin juga waktu tu dia akan sedar dan mencari aku kembali. Kata orang bila ada depan mata tak menghargai. Bila tiada baru nak mencari 

Macam mana aku nak lalui hidup baru ni? Sedangkan aku punya hati pada dia (RH) bukan pada si dia. 

Apa pun. Aku akan cuba buang semua nya. Akan aku cari DIA. Tak patut rasanya aku ketepikan DIA Maha Pencipta diri ini. Allahu.. Kejam nya diri ini ketepikan MU ya Rabbi. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan