Ahad, 1 Disember 2013

Pilihan

Bila aku di haruskan untuk memilih antara dua pilihan. Sama ada pilihan sendiri atau pun pilihan keluarga. Tentu lah nak pilihan sendiri. Perit yang aku lalui tak siapa yang tahu melainkan Allah taala. 
Sungguh! Airmata ni kadang memaksa diri untuk mengalir.. Salah ke nak ada kebahagiaan sendiri. Semakin dekat hari nya. Semakin perit hati ni. Semakin kuat menangis dalam hati. Allahurabbi.. Sungguh aku tak kuat. Menerima kehidupan yang serba serbi bukan atas dasar cinta. Tak mungkin aku mampu bahagia. Tapi siapa lah aku nak mengeluh dan menolak segala ketetuanNya. Cuma di sini aku tak mampu menahan setiap ujian tu. aku lemah. Aku tewas. Tapi aku terpaksa lalui. Aku tak sangka kehidupan ini adalah kehidupan yang sangat sama macam dalam cerita. Tapi aku nak nyata kan semua berlaku dan bakal berlaku bukan sebab keinginan dan pilihan aku. Tapi sebab dia (R H). Mudah nya dia melupakan, meninggal kan. Sedangkan aku bersungguh-sungguh untuk kembali semula. Ntah kat mana silap diri ni. Susah nya untuk orang memahami apa yang ada dan tersirat dalam hati ni. Kalau lah hati ini boleh di cerita kan segala perasaan. Tentu tak jadi semua ni. 

14/12 bakal menjelma. Segalanya aku tak bersedia!! R H , kalau awak tahu betapa tersiksa nya segala perasaan ni. Tentu awak tak kan lakukan semua ni dengan kejam dan halus kan?? Takde ke sikit perasaan kesian tu dalam hati awak? Mana pergi awak yang sebelum ni seorang lelaki yang hebat mengalah?? Allahu Allah :( 

Kalau di takdirkan awak membaca setiap blog sy. Mohon awk sedar. Sy masih menanti dan mencari awak. Hargai sy. Sy tak nak dia. Sbb dia bukan pilihan sy!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan