Segala tentangku - Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad.
Isnin, 16 Disember 2013
Selamat tinggal
Selamat tinggal batu pahat. Aku dah harus pergi mengikut zauj. Berat hati ni nak meninggal kan keluarga. Allah.. :( meninggalkn kawan-kawan usrah ku. Group SM ku. Group Usrahinstagram ku.. Aku rindu kalian semua. Aku sayang kalian semua hingga jannahNya. Allah.. Lindungi mereka semua untuk ku. Aku tak boleh lalui semua ni bila berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Keluargaku, adik beradik ku, tapi sampai bila? Tuhan, jagakan dia untukku. Allahumma Aamin. :(
:(
Bila diri dah bergelar zaujah orang. Apa lagi yang perlu di buat selaib taat dan mengalah. Di saat ini diri ku hampir rebah. Apabila SAH sudah di terima oleh saksi dan wali. Hampir luluh airmata ini. Namun ku cuba bertahan. Hanya yang mengerti bisa merasa perit yang aku lalui ketika ini. Aku bukan sesiapa untuk melawan takdirNya. Aku hanya hamba Nya. Yang terpaksa redha dengan semua nya. Halangan demi halangan. Ujian demi ujian telah aku lalui. Namun tidak ada yang mampu menghalang aau menahan segalanya. Malam ini airmata ku mengalir sepuas yang mungkin. Tidak ada yang melihat kecuali Allah. Aku tetap tersenyum di depan mereka. Namun hati bergenang dengan tangisan. Allahu Allah. :( sesungguhnya aku tak kuat hadapi semua ini.
Ahad, 15 Disember 2013
14/12/13
14/12/13 kini diriku sudah bergelar zaujah orang. Biar pun tak pernah mengenali siapa dia.
Biar pun semua ini di pertemukan oleh kedua keluarga masing-masing
Biar pun tidak aku tahu latar belakang dia. Tapi,
Aku percaya dengan perancangan Allah.
Aku percaya dengan segala ketentuanNya
. Aku yakin Dia akan atur kan segala kehidupan hambaNya dengan cara yang baik
Kita, sebagai hambaNya tak usah mengeluh dengan segala ujianNya
Siapa pun dia, aku terima dengan hati yang ikhlas dan redha.
Siapa pun dia, aku akan tetap bersangka baik. Terima kasih ya Allah dengan segala ketentuanMu. Aku bersyukur kerana diuji olehMu. Sungguh pun aku masih belum ada perasaan tu untuk nya. Namun aku akan cuba menerima. Kerana, Bercinta Selepas Nikah itu adalah lebih baik dan indah. InsyaAllah. Moga Allah redha dan melindungi sebuah perkahwinan dan mahligai yang baru terbina ini. Allahumma Aamin. Doa ku,
Moga aku mampu menjadi isteri yang taat dan solehah untuk dirinya. Alhamdulillah untuk ujianNya. :’)”
Sabtu, 7 Disember 2013
Cemburu
Mungkin betul juga kata ustazah rosadah ku. Yang selalu bercerita mengenai cemburu Allah pada hambaNya.
"Bila kita lebihkan orang lain, Allah akan tarik balik dia. Sbb Allah itu sifatnya cemburu. Cemburu bila kita syg kn orang lain lebih dari Dia".
Sekarang aku dah rasa. Mungkin ada sebab kenapa Allah memisahkan anyara aku dan dia. :(
Kuat kan diri ini.
Ya Allah
,
Bilamana saya masih mengingati si dia yang bukan milik saya..
Bantulah saya untuk saya melupakan dirinya
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri
Maka lupuskanlah ia dari ingatan
. Dan dalam kejauhan ini
Biarkanlah kami terus berjauhan
.. Ikatlah diri ini untuk terus setia dengan kasihMu yang satu,
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini
Ya Allah
,
Payungilah saya dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma’ Mu
. Agar hati ini sentiasa tenang
, Tanpa terpendam sebuah rindu setiap malam. Allahumma Aamin. :(
Jumaat, 6 Disember 2013
Kusyuk solat
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Nak share sikit tentang solat kusyuk. Topik usrah siang tadi.
Tentang Solat Khusyuk"
-Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata,
“Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air, sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
- semoga bermanfaat untuk kita semua. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad (3x)
Khamis, 5 Disember 2013
Gerakan islam
Assalamualaikum. Ni sy share sikit-sikit ye
Tajuk: Mahasiswa dalam gerakan islam
Pembentang: Ust. Jamil Murad (Graduan dari Yaman)
"Menggerakkan islam itu KEWAJIPAN utk setiap org islam ;)
Kita, manusia, iye, salah satu tujuan hidup kita ialah, jundullah iaitu tentera Allah. Tp mampukah kita utk hidup sorang2? Tegakkan islam secara berseorangan, bergerak secara sendiri?
Oleh sbb itu kita perlu duk ramai-ramai dlm satu kumpulan. Sama sama gerakkan islam, Sebagai contoh, Ikhwanul Muslimin. Nak gerak sendiri-sendiri tak mampu, jadi mereka tubuhkan kumpulan ini sebagai wasilah atau jalan utk menggerakkan islam.
Gerakan islam ni adalah utk kita sama sama bentukkan diri kita, berakhlak dgn akhlak yg ditetapkan oleh islam, saling tegur menegur. Tulah tujuaan kita berjemaah. Bukan nak memecah belahkan sesama islam.
Gerakan islam itu salah satu cirinya ialah, membawa kemajuan. Maju bukan saja dari segi pembangunan yg bertingkat2 mewah dan sebagainya. ttp jugak dr segi perasaan, kasih sayang sesama islam. Persaudaraan sesama islam. Inilah pembangunan dr segi islam, pembangunan pemikiran, dan pmbangunan akhlak. Gerakan islam, merangkumi segala aspek kehidupan kita. Gerakan islam jugak merupakan gerakan salafiyah, iaitu gerakan yg mengajak kita utk kembali kpd sumber yg suci iaitu sumber quran dan sunnah.
Gerakan islam jgk mrupakan gerakan sunni. Kerana ia mengajak kite spy kembali beramal dgn sunnah-sunnah nabi. Menjadikan kita org yg hidup memenuhi kehidupan nya itu dgn seluruh perkara cara hidup nabi yg dibuat atau ditinggalkan nabi. Contoh, setiap kali nabi bangun pagi, apa yg nabi buat, kita cuba buat jgk. Kita cuba belajar dan praktikkan cara hidup nabi krana apa? Kerana kita nk jd golongan yg menghidupkan sunnah2 nabi. Bukan bercakap sahaja tentang sunnah, tetapi juga mnjd org mengamalkannya dlm kehidupan kita. Ni lah yg dikatakan gerakan islam.
Kita semua penggerak kpd islam, perlu ada dlm setiap ahli penggerak islam ni menghidupkan sunnah nabi dlm kehidupannya.
Gerakan islam jgk merupakan satu ikatan rabbani. Perlu bersih jiwa dan baik hubungannya dgn Allah swt. Maknanya kita kene senantiasa membersihkan jiwa kita drpd segala kotoran dosa, dan yg mcm ni, mata hatinya akan sentiasa hidup. Dan bila hati kita sentiasa hidup, hati kita akn sentiasa memandang kpd keagungan Allah swt.
Setiap hari, kita kena sentiasa beristghfar. Nabi pun selalu beristighfar apatah lg kita manusia biasa ni, kena lagi perbanyakkan istighfar. Nak buat apa apa kena istighfar. Apa shj gerakan kita, even sblum mula melangkah, istighfar. Jdkan hati kita selalu berhubung dgn tuhan. Supaya Allah jaga hati kita. Nak buat apa apa pun senang
Rabu, 4 Disember 2013
:(
Sering tidur lewat. Di temani dengan airmata. Sampai bila aku nak terus macam ni?
Hati selalu berkata. "Buang lah dia jauh-jauh dari hati kau". Tapi aku still tak boleh. Masa makin dekat. Tersangat dekat. :(
Dia playboy??
Apa yang aku dengar. Apa yang orang cerita. Apa yang orang sampaikan pada aku mengenai dia. Bukan semudah tu untuk aku percaya bulat-bulat. Sebab aku yang mengenali dia. Bukan mereka. Jadi aku perlu percaya. Walaupun aku bukan sesiapa lagi untuk dia. Walaupun antara kami dah the end. Tapi tentang dia akan aku selalu follow up walaupun aku dah dimiliki orang lain :(
Sungguh! Bukan tak sedih nak lalui semua ni. Tapi hati selalu pujuk " sabar lah hati. Moga semua ni akan cepat berlalu". Hati selalu memujuk dengan kata-kata yang yakin kan diri ni. Ya Allah.. Sesungguhnya kau Maha berkuasa. Andai benar dia bukan yang terbaik untuk diri ni. Jauh kan lah dari ingatan dan pandangan diri ini. Jangan biarkan aku alpa dengan cinta dunia dan manusia. Yang tak kan pernah kekal..
Ya Allah,
Yakin kan aku bahawa dia bukan untuk ku. CintaMu lebih kukuh untuk aku hargai. Jangan biarkan diri ini tersiksa menghadapi sesuatu perkara yang tak patut aku lalui. Sesungguh nya kau Maha mengetahu segalanya. Allah Allah T_T
Selasa, 3 Disember 2013
Lindungi wanita
Assalaamu'alaikum. Sobah al-khayr :)
Wahai lelaki, lindungilah wanita.
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.
Huraian Hadith:
Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.
Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.
R H
Malu sangat bila kita masih mengharap dan terhegeh-hegeh pada orang yang dah jelas-jelas tak nak kan kita lagi. Allahu!!
Bodohnya diri ni. Rasa nak sepak terajang diri sendiri je. Come on hati! Cuba buang semua nya. Wake up!!
Tapi semuanya makan masa. Bukan mudah beb nak melupakan. Siksa!
Pada dia mungkin mudah. Tapi pada aku. Menangis lah airmata darah sekali pun. Makin bertambah parah. Sebenarnya yang menyebabkan semua kekecewaan ni. Apabila bergantung harap terlalu tinggi. Lebihkan lah cinta pada yang Hakiki. Pasti tak kan kenal erti kecewa.
Wahai hati,
Yakin lah dengan petunjukNya. Segala yang berlaku ada hikmah. Yakin lah. Perancangan DIA adalah yang terbaik.
Lara hati
http://youtu.be/4ar5dOmW5Cc
" ku cuba tersenyum saat kau pergi, meski lara hati menangis melepasmu. Andai kan kau tahu betapa aku masih mencintami "
Isnin, 2 Disember 2013
Di saat sendiri.
http://youtu.be/WCHdxr7HIWQ
Setulus mana pun cinta kita pada seseorang, kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Sentiasa kita berdoa diberikan insan yang baik buat diri kita. Bukan lah pengakhiran cinta itu satu hukuman. Tetapi hikmah yang diberikan oleh Allah. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita.
- kawan dia cakap, ingatlah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itulah janjiNya. Walau apa pun aku kena teruskan juga hidup baru ni. Aku malu sangat. Sebab aku yang terlalu mencari dia. Sedangkan dia. Kini aku mengerti.. Aku lapangkan dada walau aku terluka. Doa aku di sini semoga dia bahagia. Walaupun terlalu sakit apa yang aku rasa. ya Allah kuatkan hatiku yang terluka. Semoga aku boleh melupakan nya. Allahumma Aamin.
Harus mencuba
Macam mana nk ada perasaan tu. sedangkan aku sendiri tak cuba untuk menerima. Tak cuba untuk membuka perasaan ni untuk nya. Macam mana nak ada bahagia tu. sedangkan aku tak cuba bagi peluang untuk dia berada dalam hati aku. Selagi aku masih di takuk lama. Selagi itu lah aku akan terus rasa kecewa dengan kehidupan lama. Sedangkan DIA dah berikan aku kehidupan baru bersama orang baru. Belajar lah untuk menghargai dia wahai hati. Jangan cuba untuk keraskan nya. Sedangkan kerak nasi pun jika di rendam lama-lama akan lembut juga.
Rasanya semua ni perlu berakhir. Biar pun perasaan ni takde lagi untuk sidia. Tapi aku harus mencuba dan menerima takdirNya. Sampai bila nak mengharap pada orang yang dah jelas-jelas buabg diri ni. Sangat malu.. Tak perlu lagi rasanya mengharap dia kembali. Sedangkan dia dah jelas-jelas lupakan aku dengan semudah tu.
Sungguh! Tipu kalau hati tak sedih, tak menangis. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku yakin semua ni bersebab dan ad hikmah nya. Sambil type sambil mengalir airmata ni. Tak kuat tapi memaksa diri untuk kuat. Aku pasti boleh!! InsyaAllah. Moga Allah membantu. La tahzan wahai diri. Moga semua ini akan cepat berlalu.
Istiqamah
Assalamualaikum.. selamat pagi...ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah
. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Makna Istiqomah : - perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. - (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30). 2) Kelebihan Istiqomah : - diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16). -
diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus : - perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah : - sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah
Menutup Keaiban Orang lain
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.
Huraian Hadith:
Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.
Sesiapa yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai dengan amalan yang dilakukan.
EMPAT HAL SEBELUM TIDUR
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “
Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
Tersiksa
Macam mana nk lalui ni. Sedangkan hati kat orang lain. Allah.. Kalau lah semua ni boleh di batalkan. Aku sengsara. Tak bahagia :( kenapa takde yang tahu dan faham keadaan aku. Kenapa perlu memaksa.
Ya Allah. :(
Aku pun nak bahagia dengan pilihan sendiri. Nak pilihan sendiri. Bukan pilihan keluarga. Bantu aku ya Rabbi. Allah. Lemah segalanya. T_T
Mengharap hati terluka.
Menangis tak siapa yang tahu
Memendam hati sakit
Tersenyum di dibalik kelukaan
Dia yang pernah aku kenali.
Hilang macam tu saja.
Ntah mana letak nya silap diri ni.
Menyepi tanpa alasan yang kukuh.
Halus dan cantik aturan yang diberikan.
Aku terima semua nya.
Bukan ku mengeluh. Tapi cukup tak sangka.
Perlahan-lahan kucuba melupakan.
Namun semakin cuba semakin kuat sakit nya. Semakin ingin melupakan semakin kuat ia datang dalam kotak fikiran
Bukan tak pernah dilukai. Tapi kali ni cukup sakit dan mendalam.
Mungkin juga ini sebagai balasan untuk aku.
Airmata, kalau kau boleh berbicara. Apakah dia akan memahami di setiap cerita dan luahan dari kau?
Sedangkan aku pun tak lagi dia berikan peluang. Ini kan pulak kau sebagai airmata. Yang tak pernah putus menemani aku siang dan malam.
Sampai bila nak menangis?
Sampai takde lagi aku di dunia mungkin. ^_^
Mungkin juga waktu tu dia akan sedar dan mencari aku kembali. Kata orang bila ada depan mata tak menghargai. Bila tiada baru nak mencari
Macam mana aku nak lalui hidup baru ni? Sedangkan aku punya hati pada dia (RH) bukan pada si dia.
Apa pun. Aku akan cuba buang semua nya. Akan aku cari DIA. Tak patut rasanya aku ketepikan DIA Maha Pencipta diri ini. Allahu.. Kejam nya diri ini ketepikan MU ya Rabbi. :(
Muqaddimah
Assalamualaikum. Tajuk usrah kita hari ni.
Tips mengubat jiwa Kosong.
Muqaddimah|
Setiap penyakit ad pnawarnya. Begitu juga dgn jiwa. Jiwa yg sakit pasti ad ubatnya.
Apa2 pon harus diingati bhw pnyakit yg berkaitan dgn jiwa msti dicari penawarnya scepat mngkin. Kerana utk memulihkan jiwa mngmbil masa yg agak lama.
Soalan first | apakah pandangan kalian tentang jmaksud iwa kosong?
Semuaaaaaaa betul. Antunna pandai semuanya 😋
Maksd jiwa kosong drp istilah bermaksud "kemurungan" .
Ada sesuatu yg mmbebankan diri dan mnyebabkan merwndah diri dan hidup nya terumbang ambing.
Soalan second | apakah punca jiwa kosong??? 💔 emoticons utk jiwa kosong xde kat WhatsApp hehe
Betul semua betul 😘
Satu punca yg utama ialah apa yg dikatakan ukhy Alysha iaitu tak baca Quran & tidak mengamalkan perintah Allah dgn ikhlas. Itu yg utama!! 😊
Ubat jiwa yg pertama 1
| sentiasa beringat bhw kita Di Lahirkan Mulia |
Dalil : surah isra' ayat 70 "dan sesungguhnya kami tlah mmuliakan anak2 adam, dan kami tlah bri mreka mnggunakan kenderaan didarat dan dilaut ,dan kami bri rezeki kpd mereka ari yg baik2 serta kami telah lebihkan mreka ats kbanyakkan mkhluk yg tlah kami ciptakan "
Ubat kedua 2
| sentiasa beringat bhw kita hidup bmsyarakat |
Dalil : surah syura ayt 23
"itulah yg Allah gmbirakn hmba2 nya yg briman & beramal soleh katakanlah : ak tdk mminta kpdmu upahnutk ajaran islam yg ak sampaikan itu, mlainkan kasih mesra dsebabkan prtalian kerabat. Dan sesiapa yg mngerjakan sstubyg baik. Kami tambahi kebaikan baginya kebaikkannya itu. Sesungguhnya Allah maha pngampun lg sntiasammbalas dgn sbaik- baiknya"
Ubat ke tiga 3
| sentiasa beringat bhw amalan baik dibalas baik |
dalil surah Taubah ayat 100 "Dan orang yang terdahulu yg mula2 berhijrah dari org Muhajirin dan Ansar dan org yg mnurut mreka dgn kebaikan,Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia.serta Dia mnyediakan utk mereka syurga2 yg mngalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yg besar"
Ubat keempat 4
| sentiasa beringat bhw kita dsediaan dgn IMAN |
Dalil : surah an'am ayt 144
Maka ssiapa yg Allah khendaki utk mmbri petunjuk kpdnya nscaya Dia mlapangkan dadanya utk mnerima islam dan ssiapa yg Allah kehendaki utk mnyesatkan nscaya Dia mnjdikan dadanya sesak smpit seolah-olah dia sdg mndaki naik ke langit. Demikian Allah mnimpa azab kpd org tdk beriman"
Ubat kelima 5
| sentiasa igt bhw kita prlu mnolak kjahatan |
Dalil surah ar rad ayt 22
"Dan org yg sbar krn mncri kredhaan Allah mereka dan mndirikan smbhyang, serta mnafkahkan dari apa yg kami berikan kpd Mereka scre smbunyi atau terang -terangan dan mreka mnolak kjahatan dgn cara yg baik, mereka itulah dsediakan bg mreka blsn yg Baik"
Ubat ke enam 6
| sentiasa bringat bhw bjemaah dmasjid |
Dalil surah taubah ayt 18
" hanyasanya yg memakmurkan msjd2 Allah itu ialah org yg beriman kpd Allah dan hri akhirat srta smbhyangbdan menunaikan zakat dn tdk takut mlainkan Allah, maka dr golongan ini yg mndpt petunjuk"
Ubat ketujuh 7
| sentiasa beringat bhw tdk leka drp brdoa |
Surah Baqarah ayt 186
"dan apabila hambaku brtny pdmu tntsng aku mka jwablah sesungguhnya aku amat Hampir,aku perkenankan permohonan org yg bdoa apbla dia bdoa kpdKu. Maka hndaklh menyahut seruanKu dan hendaklh mreka beriman kpdKu supaya mreka mnjd baik dn betul" -Afw
Satu kisah
Assalaamu'alaikum wbt. Sobah al-khayr :)
Ada satu kisah...seorang guru mengemukakan pertanyaan dan macamana solusi perlu diambil...kepada anak-anak muridnya.
Sekiranya tuan-tuan pergi kesebuah ladang milik seseorang, apabila memasuki ladang berkenaan, didapati tuan ladang itu memelihara beberapa ekor anjing serigala sebagai penjaga ladang itu. Sekiranya anjing serigala itu menghampiri kamu, apakah yang perlu kamu lakukan." Lontaran soalan itu diajukan kepada anak muridnya.
Maka seorang demi seorang anak muridnya memberi jawapan. "Saya akan lari sekuat-kuatnya". Dijawab oleh gurunya..."sejauh mana yang kamu boleh lari dan adakah kamu yakin kamu dapat mengatasi anjing serigala itu". Diam sianak murid itu. Lalu bangun seorang lagi anak murid. "Saya akan menghayun-hayunkan kayu...agar anjing serigala tidak menghampiri saya. Lalu guru menyapa..."berapa lama kamu nak hayunkan kayu...sedangkan binatang itu banyak mengerumuni kamu.
Seterusnya, seorang lagi anak muridnya mencadangkan untuk memanjat pokok. Cadangan itu ditanya balik oleh gurunya. "Berapa lama kamu boleh tahan berada diatas pokok itu". Hampir kesemua jawapan yang dikemukakan oleh murid di tanya balik oleh guru dan murid tidak dapat memberi jawapan yang bernas.
Setelah itu, guru pun memberi jawapan yang penuh berhikmah kepada anak-anak muridnya. "Kan anjing serigala tu mempunyai tuan. Sudah pasti si anjing serigala ini mengikut perintah dan taat setia kepada tuannya. Maka...mengapa tidak panggil tuannya agar mengarahkan binatang peliharaannya ini menjauhi kamu seterusnya tidak mengganggu kamu". Begitulah kita sebagai manusia yang bernama makhluk dan lemah ini. Kata gurunya kepada anak muridnya.
Kita mempunyai Al-Khooliq...iaitu Allah SWT. Yang mencipta kita dan semua kehidupan di alam dunia ini. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia Maha Bijaksana. Dia Maha Mengasihani. Mengapa kita segelintir dan kebanyakan manusia...apabila di timpa ujian, orang lain yang pertama kita tuju dahulu. Mengapa tidak kepada Allah SWT, tuhan yang menjadikan segala ujian-ujian dimuka bumi ini dan dia tuhan yang menyelesaikannya.
Berkatalah Ummu Salamah RA:
“Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi rooji’un. Allahumma’jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khoiron minhaa [Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik]”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.” Ketika, Abu Salamah (suamiku) wafat, aku pun menyebut do’a sebagaimana yang Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam perintahkan padaku. Allah pun memberiku suami yang lebih baik dari suamiku yang dulu iaitu Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam.”(Hr.Ahmad).
Do'a diatas mengajarkan bagi kita agar selalu membacanya ketika kita semua sebagai seoarang muslim di berikan ujian agar bisa bersabar.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna. Dan atas izinNya pulalah, segala kesedihan akan terhapuskan dengan mudah.
Allahu Ta'ala a'lam.
Ahad, 1 Disember 2013
Pergi lah airmata
Kalau lah semua ni boleh di batalkan. Orang pertama yang akan aku cari adalah dia (R H). Aku mesti jumpa dia. Bawa cerita gembira. Dan kata kan kat dia segalanya dah dibatalkan. Mungkin juga impian yang pernah sama-sama kami angan kan sebelum ni di tunaikan. Allah. Tinggi impian aku.. Tapi jika hanya aku yang mencipta impian tu sedangkan dia dah hampir jijik memandangku untuk apa? Hanya sekadar sia-sia.
Orang kata kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita kena usaha sampai kita dapat.. Tapi andai kita usaha mendapatkan hati seseorang dan dia langsung tak pernah pandang kita, hanya pandang, hanya sayangkan kita tak lebih dari seorang kawan. Perlu ke kita sakiti hati kita lagi? Perlu ke kita mengambil masa lagi untuk terus menunggu si dia? Perlu ke kita nk terus mengharap walau kita tahu jawapan dia adalah "tak mungkin". Lebih baik angkat kaki dan pergi. Walau hati tak rela tapi jika itu yang terbaik, lakukan lah demi kebahagiaan diri sendiri.
Tapi aku tak mampu. Mungkin masih baru. Sebab semua ni mengejut. Dia tinggalkan aku secara halus. Sukar untuk aku terima dan lupakan. Mungkin balasan aku. Aku terima. Cuma nak melupakan perlu kan sikit masa yang sangat lama. Tak pernah jumpa dia. Tapi mungkin macam dia cakap. Kenal kerana Allah. Sayang kerana Allah. Tapi bila berpisah mungkin bukan kerana Allah. Sebab antara aku dan dia masih ada perasaan sakit dan kecewa. :(
Apa lagi yang aku perlu lakukan. Masa nak dekat dah. Jika aku batalkan pernikahan ni pun. Tak mungkin dia balik semula pada aku. Tak MUNGKIN. Sebab bagi dia aku dah jijik. Dah kotor. Hipokrit. Berlagak baik umpama malaikat. Allah T_T
Airmata yang mengalir
Bismillahirramanirrahim.. RH, sukar untuk sy jelaskan tentang perasaan ni. Kalau lah awk buang ego dan keras hati tu. semua mungkin dapat diselamatkan lagi. Allah Allah Allah T_T. Aku tewas. Aku kalah pada cinta dunia melebihi diriMu.astaghfirullah. Sesungguhnya aku manusia pendosa yang tak pernah lepas dari sebuah perasaan. Kuatkan diri ini ya Allah ya Rabbi. Sesungguhnya aku lemah dengan perasaan sendiri. Mafi qalbi ghairullah. Maafkan aku :(
Bahaya Syirik
Harini nak berkongsi kan sikit mengenai bahaya nya syirik.
Bahaya syirik
1 : melakukan kezaliman yang sgt besar.
"Dan (ingatlah) ketika luqman berkata kpd anaknya,semasa ia memberi nasihat kpdnya "wahai anak kesayanganku, jgn lah kau menyekutukan Allah Swt (dengan sesuatu yg lain) sesungguh nya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yg besar." (Surah luqman, ayat: 13)
2 : melakukan dosa yang besar.
"Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah swt (dengan sesuatu yg lain) maka sesungguh nya dia telah melakukn dosa yg besar"
(Surah an- nisa, ayat: 48)
3 : kesesatan yg nyata
"Sesiapa yang mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yg amat jauh"
(Surah An-nisa, ayat: 116)
4 : menjadi penyebab hilangnya amal kebaikan
"Dan sesungguh nya! Jika engkau (dan pengikut2 mu) mempersekutukan (sesuatu yg lain dgn Allah swt) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan menjadi orang2 yg rugi." (Surah az-zumar, ayat: 65)
5 : mempunyai rasa takut didalam hati
"Kami akan isikan hati orang2 kafir itu dengan perasaan gerun, disbbkan mereka mempersekutukan Allah swt dengan benda2 (yang mereka sembah) yg Allah swt tidak menurunkan sebarang keterangan yg membenarkan nya" (Surah Ali imran, ayat: 151)
6 : dosa yang tidak diampunkan
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkn dosa syirik mempersekutukanNya. (Dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yg lain dari itu bagi sesiapa yg dikehendakiNya. (Menurut aturan syariatNya), dan sesiapa yg mempersekutukan Allah swt (dengan sesuatu yg lain) maka sesungguhNya dia telah melakukan dosa yang besar." (Surah An-nisa, ayat: 48)
7 : diharam masuk syurga dan di masuk kan ke dalam neraka
"Demi sesungguhnya telah kafir lah orang2 yg berkata "bahawasanya Allah swt ialah Al-Masih Ibni Maryam,padahal Al-Masih sendiri berkata "wahai bani israel! Sembah lah Allah swt. Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yg mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu yg lain, maka sesungguhnya Allah swt mengharam kepadanya syurga. Dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiada lah seorang penolong pun bagi orang2 yg berlaku zalim (Surah al-Maidah, ayat: 72)
Wallahua'lam bissowaab.
Tiga Jenis Kawan
TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI
1. Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
2. Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
3. Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.
Pilihan
Bila aku di haruskan untuk memilih antara dua pilihan. Sama ada pilihan sendiri atau pun pilihan keluarga. Tentu lah nak pilihan sendiri. Perit yang aku lalui tak siapa yang tahu melainkan Allah taala.
Sungguh! Airmata ni kadang memaksa diri untuk mengalir.. Salah ke nak ada kebahagiaan sendiri. Semakin dekat hari nya. Semakin perit hati ni. Semakin kuat menangis dalam hati. Allahurabbi.. Sungguh aku tak kuat. Menerima kehidupan yang serba serbi bukan atas dasar cinta. Tak mungkin aku mampu bahagia. Tapi siapa lah aku nak mengeluh dan menolak segala ketetuanNya. Cuma di sini aku tak mampu menahan setiap ujian tu. aku lemah. Aku tewas. Tapi aku terpaksa lalui. Aku tak sangka kehidupan ini adalah kehidupan yang sangat sama macam dalam cerita. Tapi aku nak nyata kan semua berlaku dan bakal berlaku bukan sebab keinginan dan pilihan aku. Tapi sebab dia (R H). Mudah nya dia melupakan, meninggal kan. Sedangkan aku bersungguh-sungguh untuk kembali semula. Ntah kat mana silap diri ni. Susah nya untuk orang memahami apa yang ada dan tersirat dalam hati ni. Kalau lah hati ini boleh di cerita kan segala perasaan. Tentu tak jadi semua ni.
14/12 bakal menjelma. Segalanya aku tak bersedia!! R H , kalau awak tahu betapa tersiksa nya segala perasaan ni. Tentu awak tak kan lakukan semua ni dengan kejam dan halus kan?? Takde ke sikit perasaan kesian tu dalam hati awak? Mana pergi awak yang sebelum ni seorang lelaki yang hebat mengalah?? Allahu Allah :(
Kalau di takdirkan awak membaca setiap blog sy. Mohon awk sedar. Sy masih menanti dan mencari awak. Hargai sy. Sy tak nak dia. Sbb dia bukan pilihan sy!!
Langgan:
Catatan (Atom)





