Orang kata kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita kena usaha sampai kita dapat.. Tapi andai kita usaha mendapatkan hati seseorang dan dia langsung tak pernah pandang kita, hanya pandang, hanya sayangkan kita tak lebih dari seorang kawan. Perlu ke kita sakiti hati kita lagi? Perlu ke kita mengambil masa lagi untuk terus menunggu si dia? Perlu ke kita nk terus mengharap walau kita tahu jawapan dia adalah "tak mungkin". Lebih baik angkat kaki dan pergi. Walau hati tak rela tapi jika itu yang terbaik, lakukan lah demi kebahagiaan diri sendiri.
Tapi aku tak mampu. Mungkin masih baru. Sebab semua ni mengejut. Dia tinggalkan aku secara halus. Sukar untuk aku terima dan lupakan. Mungkin balasan aku. Aku terima. Cuma nak melupakan perlu kan sikit masa yang sangat lama. Tak pernah jumpa dia. Tapi mungkin macam dia cakap. Kenal kerana Allah. Sayang kerana Allah. Tapi bila berpisah mungkin bukan kerana Allah. Sebab antara aku dan dia masih ada perasaan sakit dan kecewa. :(
Apa lagi yang aku perlu lakukan. Masa nak dekat dah. Jika aku batalkan pernikahan ni pun. Tak mungkin dia balik semula pada aku. Tak MUNGKIN. Sebab bagi dia aku dah jijik. Dah kotor. Hipokrit. Berlagak baik umpama malaikat. Allah T_T

Tiada ulasan:
Catat Ulasan