Ahad, 1 Disember 2013

Airmata yang mengalir



Cukup lah airmata. Jangan lah mengalir lagi. Perit yang aku rasa kan tak kan ada yang tahu. Kecuali DIA. Yang Maha Mengerti segalanya. Jika ini ketentuanNya. Aku harus pasrah dan akur. Mungkin semua yang berlaku bersebab.. Siapa aku untuk melawan takdir? Aku menahan sakit, perih dalam jiwa semua buat tak tahu. Semua tak mengalami dan memahami. Mampu ke aku lalui kehidupan baru dengan insan yang tak aku cintai? Allahurabbi.. Luluh jiwa ni mengaku kalah dan tewas dengan ujianMu. Sedang hati ini menanti dia. Setiasa mengharap dia. Bersungguh-sungguh nak kembali. Tapi dia tak memahami. Dia tak mengetahui. Kerana dia dah cukup benci kat diri ini. 

Bismillahirramanirrahim.. RH, sukar untuk sy jelaskan tentang perasaan ni. Kalau lah awk buang ego dan keras hati tu. semua mungkin dapat diselamatkan lagi. Allah Allah Allah T_T. Aku tewas. Aku kalah pada cinta dunia melebihi diriMu.astaghfirullah. Sesungguhnya aku manusia pendosa yang tak pernah lepas dari sebuah perasaan. Kuatkan diri ini ya Allah ya Rabbi. Sesungguhnya aku lemah dengan perasaan sendiri. Mafi qalbi ghairullah. Maafkan aku :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan