Jumaat, 22 November 2013

3 minggu lagi

Siapa lah yang tak sedih bila seseorang yang kita pernah kenal menjauh diri dengan kita tanpa sebab yang kukuh. Bukan tak pernah kenal. Bukan tak pernah tahu segala cerita kita. Segalanya dia tahu. Tapi kenapa jalan kisah ni berakhir tanpa noktah. Hampir tiap malam aku menangis. Pernah tak dia tahu dan sedar yang aku memerlukan dia untuk bercerita segala kisah yang aku pendam. 

3 minggu je tinggal. Lepas ni aku akan bergelar zaujah orang. Semua adalah pilihan keluarga. Hingga sekarang aku mencari bagaimana untuk wujudkan perasaan pada orang yang aku langsung takde perasaan. Selalu nya waktu macam ni. 12-5 pagi. Nonstop aku cerita semua kisahku. Tapi sekarang segalanya aku pendam sendiri. Mana dia??

Kata nya akan simpul mati segala yang dia katakan. Tapi akhirnya semua tu tipu belaka. Setidaknya yakin kan aku untuk terus dengan kehidupan baru akan datang. Siapa lah yang nak kahwin dengan pilihN keluarga. Sedangkan zaman sekarang dah bukan musim lg.  tapi andai ini adalah kebahagiaan mereka. Aku turutkan. Tapi semua yang aku turutkan hanya kerana dia yg suruh. Bukan lahir dari hati aku. 

Akhirnya aku yang merana sendiri. Aku tak mengeluh pada takdir illahi. Aku terima dengan hati yang terbuka. Ya Allah. Kuatkan lah diri ini. Sesungguhnya hanya kau yg memahami segala isi hati ini. Dah letih menangis. Aku rindu dia. Tapi tak mampu dah untuk hubungi lagi. Segala tentang dia aku cuba buang jauh-jauh. Moga bila aku dah bergelar zaujah orang. Aku akan lebih taat padanya. Biar pun aku aku cinta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan