Siapakah Itu Hasan Al-Basri?
Nama lengkapnya ialah Abu Said Al-Hasan Inbu Abi Al-Hasan Yassar al-Basri. Dia dilahirkan pada tahun pada tahun 21H (642 M) di Madinah.
Ayahnya yang bernama Yassar. Ibunya bernama Khairah Mahulaf Ummul Mukminin dan pernah menyusu dengan Ummu Salamah (isteri Rasullulah saw).
Pada tahun 37 H, setahun setelah perang Sifin, dia berpindah ke Basrah. Di sinilah dia memulakan perjalanan hidupnya sebagai ulama, seorang yang zahid besar yang amat berpengaruh. Dia meninggal dunia di Basrah pada tahun 110 H (729) .
Dia mendalami ilmu agama islam kepada Ulama-Ulama terkemuka dan dalam rangka itu dia bertemu dengan 70 orang perang Badar dan 300 orang sahabat Rasullulah saw lainnya. Hassan al-Basri hidup zaman tabiin (generasi selepas sahabat) .
Hasan al Basri memiliki sifat-sifat yang terpuji dan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam. Suatu ketika Saidina Ali Abi Thalib menemui Hasan yang sedang berbicara di depan kumpulan pengajiannya. Ali bertanya: "Hai Hasan! Aku mahu bertanya kepadamu tentang dua perkara. Apabila engkau dapat menjawab dua perkara ini engkau dapat meneruskan pelajaran dalam kumpulanmu, kalau tidak engkau akan aku keluarkan dari masjid ini sebagaimana aku bertindak kepada yang lain."
Hasan berkata :"Bertanyalah wahai Amirul Mukminin."
Saidina Ali melanjutkan dengan pertanyaan :"Ceritakan kepadaku tentang kebaikan agama dan yang dapat merosakkan agama. "
Hasan al Basri menjawab:"Kebaikan agama ialah hidup warak dan yang merosakkan agama ialah hidup tamak."
Saidina Ali berkata : "Engkau benar dan sekarang teruskan pengajian kumpulanmu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan