Kata orang redha Allah terletak pada redha kedua orang tua kita kan? Jadi kenyataan yang terpaksa aku lalui sekarang adalah menerima apa yang di ingin kan oleh kedua orang tua aku.
JODOH,
Mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi. Siapa lah kita hendak melawan takdir Allah. Meski hati menderita. Meski pun hati tak cinta, tapi kalau kita tak mencuba untuk buka hati ini. Kita tak kan tahu sama ada hati ini untuk siapa.
Aku terima segala takdir ni. Bukan Aku pasrah. Tapi aku redha. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk aku di masa hadapan.
Ini lah kehidupan aku. Yang bakal menerima hidup baru bersama pilihan keluarga. Ya Allah. Beri lah aku pertunjukMu. Perlu kah aku mengeluh dengan setiap ujianMu. Setiap orang ingin kan kebahagiaan tersendiri. Dengan pilihan sendiri. Tapi siapa lah aku nak mencipta kebahagiaan sendiri. Sedangkan kebahagiaan itu Allah yang memberi.
R H,
Mungkin awak tak rasa, mungkin awak tak tahu. Segala yang sy coretkan ini semua ada berkaitan dengan diri awak juga. Satu perkara yang perlu awak tahu. Semua yang sy laku kan ini hanya kerana awak.
Sy tak mengeluh. Sy menerima segala ketentuanNya. Mungkin ini je satu cara untuk awak tahu apa yang selama ni sy fikir dan simpan. Hanya Allah yang mengetahui. Hanya DIA tempat sy bercerita.
R H,
3 minggu lagi sy bakal bergelar zaujah orang. Yang pasti nya dia bukan pilihan sy. Tapi pilihan keluarga. Awk berdiam dan menghilangkan diri macam tu buat sy lebih tertekan.
Dulu,
setiap hari saya ingat awak,
walaupun masa tu kita tak lagi berkawan,
kenangan itu,
buat saya menangis,
buat saya ketawa.
Dulu,
saya pernah rindukan awak,
rindu yang tak mampu saya luahkan,
pada awak yang kian menjauh.
Kini,
saya akui,
sebenarnya saya kuat,untuk teruskan semua ni tanpa awak,
sebab saya ada DIA. Hanya DIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan