Khamis, 21 November 2013

"Syahid yang tertangguh"

Bila lihat video dia. Dengar cerita dia. Hati jadi sebak. Kadang menangis. Namun semuanya dah pun terjadi. Hati merintih sangat. Macam nak pergi juga. Terasa macam nak jumpa dia depan-depan. Memang terasa lucu kan. Tapi itu lah yang aku rasa dan fikir kan. Pemergian dia membuka berpuluh ribu manusia sedar. Ya Allah. Dia insan yang mulia. Biar pun aku tak mengenali siapa dia. Dan tak pernah jumpa. Tapi sebagai saudara islamku. Aku turut berduka cita dengan pemergian dia. Moga aku juga turut pergi menghadapMu seperti dia. Terlalu besar harapan dan impian aku kan? Tapi ini yang aku rasa kan. Aku sendiri tak tahu kenapa terlalu sebak bila meratapi pemergian dia. Biar pun hanya sekeping gambar dan video. Ya Allah Ya Rabbi. Kau tempatkan lah ahmad ammar dia sisi kekasihmu Nabi Saw. 

Ammar,
Satu jasad yang tidak pernah aku kenali, alam maya mahupun realiti, pemergiannya membuka hati, semangatnya tersemat di dalam hati. 
Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar beliau meninggal dunia dalam iman dengan peluh di dahi dan kelopak mata. Semoga rohnya aman bersama dengan orang yang berimaa. 

Si ‘Syahid Yang Tertangguh’ 
itu, membuatkan daku cemburu.

 Ya, Dikau sudah mengecapi saat bahagia itu. Pastinya buatkan kita berbeza.

 

Semangat dikau, harus ku pinjam. Membulat tekad mencari redha Allah dalam dunia yang kian rencam .


Allah, mampukah kita jadi sepertinya?? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan