"Saya tanya Ammar, kenapa termenung. Dia kata hati dia dah terpaut pada bumi Syam (Syria), dia nak bantu Syria,sedih sangat tengok Syria mcm ni dan kalau Allah izinkan dia nak mati Syahid di Syria. Malam tu berhampiran hospital tersebut dua roket dijatuhkan menyebabkan hospital tersebut bergegar. Esok awal pagi saya tersedar dari tidur dan tengok Ammar baru sudah mandi. Pelik sebab air sgt sejuk! Saya tanya Ammar kenapa mandi awal2 pagi macam ni? Dia cakap Allah bagi 'hadiah' dlm mimpi dia. Subhanallah. Dan kerana itu rakan2nya di Turki sebut bahawa Ammar ini adalah syahid yg tertangguh kerana Allah dah pertemukan Ammar dengan bidadari dalam mimpinya di Syria. Allah tangguhkan kesyahidan dia bukan di Syria tetapi di Turki, bumi dimana Ammar menadah ilmu. Subhanallah. Ammar telah bertemu penciptaNya. Al-fatihah." -Syahrir Azfar.
Tak di nafikan aku turut sedih dan sebak dengan pemergian nya. Walaupun aku tak pernah kenal siapa dia. Tapi mengetahui cerita dia. Aku dapat merasakan betapa tenang nya dia disana. Ya Allah. Moga kau tempatkan dia disisi kekasihMu ya Allah. Al Fatihah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan