Ammar,
Saat anak muda lain leka mencari dunia
Engkau sibuk mengejar syurga
Saat anak muda mengelak lelahnya dakwah. Engkau giat mengorak langkah
Merasai manisnya hidup bersyahadah
Ammar,
Kini kau telah lena abadi
Di sisi Abu Ayub Al-Ansari
Namun lenamu inilah
Yang mengejutkan lenanya hati-hati kami
Bahawa untuk tujuan apa kami di dunia
Sungguh benar kata-katamu
Cukuplah mati sebagai penasihatku
"Saya tanya Ammar, kenapa termenung. Dia kata hati dia dah terpaut pada bumi Syam (Syria), dia nak bantu Syria,sedih sangat tengok Syria mcm ni dan kalau Allah izinkan dia nak mati Syahid di Syria. Malam tu berhampiran hospital tersebut dua roket dijatuhkan menyebabkan hospital tersebut bergegar. Esok awal pagi saya tersedar dari tidur dan tengok Ammar baru sudah mandi. Pelik sebab air sgt sejuk! Saya tanya Ammar kenapa mandi awal2 pagi macam ni? Dia cakap Allah bagi 'hadiah' dlm mimpi dia. Subhanallah. Dan kerana itu rakan2nya di Turki sebut bahawa Ammar ini adalah syahid yg tertangguh kerana Allah dah pertemukan Ammar dengan bidadari dalam mimpinya di Syria. Allah tangguhkan kesyahidan dia bukan di Syria tetapi di Turki, bumi dimana Ammar menadah ilmu. Subhanallah. Ammar telah bertemu penciptaNya. Al-fatihah." -Syahrir Azfar.
- Sejujurnya aku tak sanggup nak tahu lagi kisah dia. Tp hati memaksa. Sering teringat. Betapa besarnya jasa mu Ammar.. Moga dirimu di tempat para solihin. Biar pun tak pernah kenal siapa dia. Tapi perjuangan dia yang bersungguh-sungguh untuk membantu syria penuh bermakna. Buat aku kagum!! Al-fatihah untuk dirimu Ahmad Ammar..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan